Hitam Putih Media Sosial
Sama dengan pengguna yang lain, mungkin anda juga telah nikmati manfaat dari kemudahan media sosial dengan percuma. Tetapi adakah anda peduli kenapa dan siapa sebenarnya yang menentukan hala tuju media sosial itu?
Ringkasnya, medsos atau media sosial adalah sejenis perkhidmatan media dalam talian yang memudahkan para pengguna seperti anda menyertai, berkongsi maklumat dan juga menerbitkan isi kandungan masing-masing.
Memang tidak boleh dinafikan medsos seperti Facebook dan lain-lain telah memainkan peranan besar dalam hidup kebanyakan ahli masyarakat.
Facebook misalnya, dikatakan berhasrat untuk terus jadikan dunia lebih terbuka kepada pelbagai peluang dan ruang bagi manfaat pengguna melalui platformnya.
Sungguhpun demikian, kajian menunjukan medsos telah mendatangkan kesan positif termasuk yang negatif dengan berlipat ganda. Apa pun, pemilik-pemilik medsos sudah mengaut untung yang lumayan tapi berlepas diri di atas kesan-kesan buruk yang berlaku ke atas pengguna.
Di Malaysia, Facebook sangat popular, dengan lebih 24 juta pengguna dan seterusnya berpuluh juta lagi di Messenger, Whatsapp, Instagram dan Linkedin. Rata-rata, pengguna medsos menghabiskan masa selama 4 jam dan 47 minit setiap hari (Sumber: YouGov). Sungguhpun kebanyakan pengguna tidak hadapi masaalah, tapi saban hari semakin ramai yang menjadi mangsa ketagihan dalam penggunaan media sosial.
Fenomena ketagihan terhadap medsos bermula dengan aktiviti-aktiviti seperti ‘like, share, retweet’ dan seumpamanya. Kajian menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti berterusan di medsos itu sebenarnya meransang satu litar saraf di dalam otak pengguna sehingga terhasilnya suatu tindak balas kimia berunsur dadah seperti ‘kokain’. Dan dadah tersebut seterusnya mampu mengikat pengguna kepada satu perasaan yang amat kuat untuk dapatkan perkhidmatan medsos dengan berulang kali secara tabii.
Oleh yang demikian, mereka boleh menguasai emosi serta minda pengguna dan terus memanipulasi pengguna dengan muslihat halus serta yang nyata melalui perkara-perkara separuh benar. Dan nampaknya mereka akan kaut keuntungan hingga akhir zaman.
Lantaran itu, kita boleh juga lihat sesungguhnya mereka sedang pengaruhi dunia sukan dengan melobi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk iktiraf “esports” sebagai sukan rasmi di Olimpik. Sebenarnya, esports atau sukan elektronik adalah sejenis persaingan dalam permainan video.
Mereka juga dilaporkan telah berjaya mempengaruhi pihak pengurusan Arab di beberapa negara Timur Tengah supaya menggalakkan esports sebagai sukan rekreasi. Meskipun turut terdapat unsur-unsur ketagihan dan melalaikan di dalamnya, mereka menekankan bahawa esports boleh atasi tekanan emosi rakyat yang sedang terkurung dalam “lockdown” sewaktu pandemik Covid-19. Dan mereka mendakwa sesungguhnya esports mampu bina komuniti sukan yang sihat melalui medsos. Kita tidak tahulah apa yang akan terjadi kepada anak-anak Pak Arab itu nanti.
Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh nabi dalam sabdanya suatu masa dulu kepada orang-orang Arab bahawa,“Akan datang pada akhir zaman dajjal-dajjal para pendusta. Mereka akan datang kepada kalian dengan ucapan-ucapan yang tidak pernah kalian dengar. Bahkan ayah-ayah kalian juga tidak pernah mendengarnya. Maka jauhilah mereka. Mereka akan menyesatkan kalian meskipun dalam hal-hal mendatangkan fitnah kepada kalian.” - Riwayat Muslim.
Seorang mufti turut menasihatkan umat Islam terutama sekali para agamawan supaya berhati-hati dengan media sosial. Menurut Mufti Perlis, sekiranya tidak cermat, para agamawan yang guna medsos untuk berdakwah boleh saja tersasar dek kerana pengaruh media sosial yang kuat – sila klik video di sini - https://youtu.be/seXfvBMgxXg
Untuk pengetahuan anda, sungguh pun Facebook telah menyediakan perkhidmatan yang baik, di masa yang sama dia juga telah mengeksploitasi pengguna dengan mengintip serta merekodkan segala tabiat mereka melalui aktiviti-aktiviti di medsos menggunakan perisian analisis yang canggih.
Dan apa yang mengejutkan, Facebook telah menyerahkan laporan analisis pengguna itu bersama dengan maklumat peribadi mereka untuk kegunaan pihak-pihak yang berkepentingan.
Di dalam satu kes mahkamah, pihak Facebook telah turut didakwa kerana didapati membocorkan dataraya pengguna untuk manfaat sebuah firma perundingan di Britain.
Sebelum itu, pihak mahkamah telah mendenda Facebook berjumlah jutaan dollar kerana didapati membeli syarikat-syarikat yang mampu beri persaingan seperti Messenger, Instagram, Whatsapp dan sebagainya untuk monopoli pasaran dengan cara yang menyalahi peraturan.
Dalam hal penerbitan berita, Facebook pernah mengedit kandungan-kandungan berita dan membuat tafsiran-tafsiran yang tidak beretika tentang konflik di Gaza lalu menyiarkannya kepada umum.
Facebook dan kumpulannya masih menafikan dan terus mempertahankan diri menerusi khidmat guaman, walaupun telah didapati mengkhianati pengguna dan mendustai ramai orang dalam hal pelaporan berita.
Mengikut bahasa Arab, dajjal bermaksud pendusta atau penyamar. Manakala, dalam ajaran Islam dajjal dimaklumkan menyerupai makhluk-makhluk yang muncul dengan pelbagai bentuk muslihat dan seterusnya memperlihatkan diri masing-masing berkuasa seperti tuhan.
Mungkin tidak keterlaluan jika kita takwilkan hal ini dengan sebuah hadis, di mana Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya kalian akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sampai jika orang-orang yang kalian ikuti itu masuk ke lubang biawak yang sempit sekalipun, pasti kalian akan mengikutinya.” Kami (para sahabat) bertanya,“Wahai Rasulullah, apakah yang diikuti itu adalah Yahudi dan Nasrani?” Beliau menjawab, “Lantas siapa lagi?”- Riwayat Muslim.
Kesimpulannya, media sosial itu bagaikan pisau bermata dua, jika anda gunakan dengan baik, maka manfaatnya sangat besar dan di masa yang sama, jika anda gunakan untuk hal-hal yang kurang baik, anda seperti menempa pisau untuk menghiris tangan-tangan.
Walau bagaimanapun, para pengguna boleh saja terus menggunakan medsos tapi anda haruslah peka dan punyai kesedaran yang tinggi bahawa medsos dibangunkan semata-mata untuk mengaut keuntungan dan pemilik-pemilik medsos juga memiliki agenda tersendiri bagi tujuan-tujuan tertentu.
Persoalannya, jika pemilik-pemilik medsos adalah seperti dajjal, medsos pula seperti apa?
Sila komen dan kongsikan artikel ini untuk manfaat ahli keluarga dan rakan-rakan anda.
Layari laman web https://www.mediamateconsultancy.com/2020/06/about-us.html seterusnya.
No comments:
Post a Comment