JAGALAH IMEJ ANDA DI ERA 'FITNAH ZAMAN': KENAPA DAN BAGAIMANA ?



Jagailah  Imej atau Reputasi Anda di Era Fitnah Zaman: Kenapa dan Bagaimana? 

 Apabila kebanyakan orang mendengar istilah imej diri, perkara pertama yang lazim mereka fikirkan adalah berkenaan menjaga kedudukan orang kenamaan atau memulihkan imej ahli politik yang terlibat dalam kontroversi, khabar angin ataupun spekulasi liar. 

Tapi, samada suka atau tidak, anda sebenarnya sudah pun miliki imej atau reputasi diri, cuma ianya berskala kecil ataupun besar. Sesungguhnya, anda wajib mempertahankan reputasi diri kerana anda ialah makhluk terbaik yang telah diciptakan oleh Tuhan. Lebih-lebih lagi, dalam menjaga imej diri dari tipu-daya 'fitnah zaman', di mana perkara-perkara batil dan juga separuh benar sudah menjadi lumrah terpapar hampir di setiap dada media. Pihak media menganggap ini sebagai satu penawaran kepada permintaan ramai yang lebih suka melihat daripada mencegah yang mungkar. 

Oleh yang demikian, setiap orang wajarlah memperhatikan pengurusan dan penyelenggaraan reputasi diri atau imej masing-masing. Waima, reputasi diri misalnya, boleh digarapkan seperti dalam situasi seseorang itu mendapat kerja atau disenarai-hitamkan. Dalam era kemajuan maklumat ini, sesebuah sistem dataraya (big data) yang canggih boleh merekodkan pelbagai interaksi termasuk tabiat seseorang pada setiap masa. Dan seterusnya, imej seseorang itu boleh di exploitasi melalui sistem kecerdasan-buatan (artificial intelligence  - AI).  

Akibat Tidak Jaga Reputasi Diri 

Reputasi dikatakan bermula dalam hal menjaga kebersihan diri. Dan jika anda berhenti mengurus diri, akibatnya anda boleh disisihkan masyarakat kerana ia terangkum dalam pengurusan reputasi peribadi. Hari ini, mereka yang tidak peka tentang imej adalah sama seperti mendedahkan diri kepada risiko serangan musuh, pesaing ataupun oportunis yang sentiasa menunggu untuk ambil kesempatan ke atas anda. Justeru, sudah tentu anda tidak mahu ditimpa kecelakaan. 

Berikut Adalah Beberapa Faedah Reputasi Diri: 

Anda tentukan kehidupan anda - Pengurusan reputasi diri adalah sama seperti mencipta jenama perniagaan. Untuk apa "produk" anda atau bagaimana ianya mahu dikenali ?, Siapa "pelanggan sasaran" anda, atau apakah jenis rakan niaga yang syarikat anda ingin dihampiri?, Sama seperti anda dapat tentukan misalnya; rambut yang tersisir, bau yang enak, pakaian bergaya, begitulah juga anda dapat tentukan jenama dan reputasi diri anda. 

Kejayaan menghasilkan kejayaan - Setelah orang melihat anda dengan cara tersendiri, maka lahirlah suatu persepsi yang boleh membuahkan realiti. Contohnya, jika anda memasuki sebuah bank dengan keadaan tidak terurus dan meminta pinjaman perniagaan, anda mungkin tidak akan dapat pinjaman, tidak kiralah berapa banyak kotak telah berjaya ditandakan dengan tepat pada borang aplikasi anda. Sebaliknya, jika anda berjalan dengan yakin sambil memakai pakaian hebat, mengenakan potongan rambut yang segar, dan memperlihatkan keperibadian unggul, kemungkinan besar anda akan mendapat pinjaman, sungguhpun tidak sepenuhnya. 

Keselamatan - Apabila anda mengurus reputasi diri anda, reputasi akan mengukuhkan anda. Reputasi membolehkan anda perolehi rakan kongsi, jaringan sosial, jaminan korporat. Reputasi dianggap oleh hampir semua orang sebagai tanda kejayaan. 

Peluang bergerak ke aras yang lebih tinggi - Reputasi yang hebat membuatkan anda dapat peluang eksklusif dibandingkan dengan orang yang tidak punyai reputasi atau mempunyai reputasi negatif. Menerusi reputasi yang hebat, anda akan dapat akses kepada orang berkuasa, berpengaruh dan kaya. Pendekata, menerusi reputasi anda boleh dapat apa yang anda mahukan dalam hidup ini.

Sungguhpun demikian, anda perlulah memahami cara menguruskannya. 

Cara Mengurus Reputasi Anda di Media 

Sumber atau platform yang diperlukan untuk pengurusan reputasi diri; 

1. Memiliki komputer atau tablet 
2. Ada akses kepada talian Internet 
3. Memiliki telefon pintar 
4. Memiliki e-Mel 
5. Memiliki nama domain atau domain pilihan - Alamat di alam siber (berbanding alamat kediaman) 

Reputasi Sebagai Aset Persendirian 

Tuntut ruang anda - Langkah pertama dalam menjadi seorang 'pengusaha' yang berjaya, anda hendaklah menempah ruang anda di rangkaian media sosial dengan mewujudkan akaun di semua platform media sosial utama. Ia umpama mendaftar aset masa hadapan atau harta intelek anda. 

Laman Media Sosial Apakah yang Harus Anda Lawati? 

Seterusnya, anda harus menerbitkan nama pengguna dan profil anda di semua laman media sosial utama. 

LinkedIn - Ini adalah 'resume' dalam talian anda. Perekrut, rakan sekerja dan ketua eksekutif syarikat muncul di sini secara berkala untuk menggilap penampilan mereka (dan untuk memeriksa kemunculan anda). 

Facebook - Bagi sesetengah orang, anda tidak pernah ujud dalam hidup mereka, sekiranya anda tidak ada di Facebook. Selain itu, Messenger, iaitu  platform pesanan Facebook pula dicatur untuk atasi keperluan e-mel dan seterusnya supaya ia jadi satu bentuk komunikasi pilihan global. 

Twitter - Anda mungkin tidak menggunakannya, tetapi anda harus menempah ruang nama anda di sana.

Instagram - Tidak kira sama ada anda sesuai dengan demografi milenium atau tidak. Cukup untuk menempah nama pengguna anda, dan hantarkan gambar profil. Itu sahaja yang anda perlukan sekarang. 

Pinterest - Ia sangat berguna apabila ujud keperluan nanti. 

YouTube - Milik Google. Amat popular selepas Facebook.

Jika anda boleh log masuk  akaun Google atau Gmail, anda sudah beres. Sekiranya anda tidak mempunyai alamat Gmail, semestilah anda usaha mendapatkannya. 

Sangat disyorkan - Beli nama domain anda. Milikilah nama domain anda sendiri dengan nama anda atau seiras mungkin. 

Sekarang kelihatan macam tidak penting, tapi sama seperti keperluan untuk tempahan yang lain, anda tidak akan tahu sehinggalah anda tidak bisa perolehinya lagi kerana ia telah jadi milik orang lain .

Gunakan carian nama domain seperti 'GoDaddy' untuk melihat samada nama anda tersedia sebagai domain dot com. Cari dan beli nama domain yang sepadan dengan nama anda, sehampir mungkin. 

Apakah nama yang harus anda gunakan pada profil sosial anda? Saya syorkan agar anda menggunakan nama yang anda fikir paling kerap digunakan di Google. 

Sebilangan orang memilih nama skrin atau nama samaran, tapi jangan. Kerana jika anda melakukannya, anda akan terlalu bergantung pada Google untuk pastikan samada nama samaran dalam talian anda masih menurut ketetapan Google.

Berikut adalah beberapa petua bonus mengenai nama di profil media sosial anda. Namun, tidak semua syarat akaun media sosial sama, jadi tidak semua petua ini akan terpakai. 

Sekiranya nama pengguna anda sudah dituntut oleh orang lain, cubalah alternatif berikut; 

- Penuhkan nama anda. Contoh, JohanMohdAdam 
- Masukkan nama tengah anda. Contoh, JohanMAdam 
- Gunakan inisial untuk nama depan dan tengah anda. Contoh, JMAdam 
- Pendekkan nama belakang anda: JohanMohdAdm 
- Gunakan tanda sempang di antara nama anda (jika dibenarkan) - Johan-Adam 
- Tambahkan "The Real" sebelum nama anda - TheRealJohanAdam 
- Tambahkan "Rasmi" di tempat anda - JohanAdamRasmi 
- Cuba jangan guna nombor - Tidak ada yang lebih mudah diingati dan lebih menjengkelkan daripada  menambah urutan nombor ke atas nama atau nama pengguna anda. Walaupun anda mungkin  mempunyai nombor bertuah atau nombor kegemaran nenek anda, jangan gunakannya di profil sosial anda. JohanAdam008710 tidak digalakkan. 

Apa sahaja nama yang anda pilih, pastikan ia tetap konsisten di semua akaun. Sekiranya anda JohanMAdam di Instagram, ini juga nama anda di Pinterest. Jangan tukar nama anda kecuali benar-benar perlu. 

Sekiranya, anda terlibat dalam Akta Kanun Saksi, lakukan apa yang diperintahkan. Tetapi di media sosial, pastikan nama anda tetap sama. 

Bagaimana dengan Gambar Profil? 

Foto profil media sosial sangat penting untuk mereka tetapkan anda sebagai manusia sebenar (tidak seperti "bot") dan ianya boleh dianggap sebagai reputasi anda.

Anda boleh membengkokkan beberapa peraturan berikut, terutama jika anda sering menukar gambar profil Facebook anda, tetapi sebahagian besarnya, panduan ini harus dilakukan; 

Guna satu gambar sahaja. Tidak ada yang mampu atasi "bot" daripada profil media sosial tanpa foto sebenarnya. 

Dalam kita membicara hal ini, imej kanak-kanak, binatang peliharaan, kereta cantik anda tidak layak dijadikan foto profil anda. 

Ambil gambar profil anda dengan tujuan serius. Jangan sekadar mengambil gambar selfie di atas katil. 

Gunakan gambar profesional separa badan (mark short), jika ada. Sekiranya tidak, anda mungkin boleh melaburkan sedikit masa serta wang untuk mendapatkannya. 

Gunakan foto terbaru. Foto berusia 19 tahun mungkin sudah tentu lebih menarik, sedangkan sekarang misalnya anda berusia sudah 42 tahun. Dapatkan foto yang sesuai dengan penampilan anda sekarang. 

Jangan memakai cermin mata hitam. Anda mungkin kelihatan lebih 'cool', tetapi ramai mahu melihat sinar mata anda yang sebenar.

Senyum, kecualilah jika anda disuruh bergambar sebagai suspek tahanan lokap.

Gunakan foto yang sama di semua profil. Sekiranya anda ingin melupakannya di media sosial (contohnya, mungkin anda tidak menyertai Pinterest), tidak mengapa. Tetapi anda juga harus menggunakan foto yang sama untuk Twitter dan Instagram, dengan syarat anda tidak begitu aktif pada profil-profil tersebut. Tujuannya, adalah untuk keseragaman dan kelangsungan penampilan anda di media sosial. 

Foto yang kabur, terpotong, berkumpulan, dan berpiksel tidak dapat diterima. Foto profil anda mestilah hanya wajah anda dan wajah anda harus jelas. 

Berhati-hati dengan 'doppelgängers'. Doppelgängers adalah "penampilan imej yang seiras dengan orang yang masih hidup". Dari segi pengurusan reputasi diri, samada dia lebih baik maupun buruk, doppelgängers boleh mematikan keaslian diri anda. 

Peraturan dan tip di atas bertujuan untuk perisytiharan diri dan melindungi identiti profil anda daripada dicuri atau ditokok-tambah.

Aktiviti Reputasi: Penampilan 

Penampilan jenama diri anda dalam talian bergantung kepada berapa lama anda berada di media sosial dan apa yang anda katakan, lakukan, atau poskan. 

Anda wajar memilih seberapa lama yang anda mahukan. Sebilangan orang mungkin memilih untuk poskan ke Facebook secara terbuka sepanjang hari. Yang lain akan menghantar siaran setiap minggu atau dua minggu. 

Sebilangan orang selalu berada di LinkedIn, dan yang lain lebih aktif di Instagram. 

Berikut adalah tiga pemerhatian dan cadangan semasa mengurus reputasi anda ketika berada di media sosial. 

Kendali Privasi Anda 

Sekiranya anda memilih penyertaan yang rendah di media sosial, lakukan 'setting' pada akaun media sosial anda. Pantau maklumat rakan yang masuk atau ikuti permintaan, dan kendalikanlah maklumat yang masuk. 

Pilihlah tempoh penyertaan yang anda mahukan. Lebih banyak penyertaan maka lebih banyak waktu pengurusan diperlukan. 

Matlamat yang berbeza memerlukan tahap aktiviti yang berbeza. Contohnya, jika anda berada di pasaran berkaitan pekerjaan, aktiviti LinkedIn anda mungkin diperlukan. 

Menyembunyikan atau memadam catatan lama juga perlukan penelitian. Pilih laman web di mana anda mahu lebih aktif. Kecuali anda mempunyai banyak waktu terluang atau sekumpulan pembantu, sukar untuk menjadi sangat aktif di semua akaun media sosial. 

Pilih yang paling penting bagi anda dan matlamat anda, luangkan masa anda di sana. 

Karenah Reputasi 

Waspadalah terhadap risiko. Pemantauan dan penambahbaikan reputasi individu amat diperlukan, sungguhpun terdapat beberapa risiko di sana. Namun, reputasi diri masih dapat disusun dengan pengkhususan yang telah ditentukan. 

Kawal diri dan bersihkan reputasi masa lalu. 

Kawal Diri anda

Cuba tetapkan beberapa peraturan untuk diri sendiri. Mula-mula, kawal privasi anda jika anda mempersoalkan kemampuan untuk menutup mulut anda di waktu yang tertentu. Walau apa pun yang diperlukan, reputasi anda sangat berharga kerana penarikan balik kata-kata tidaklah sama dengan anda memilih untuk langsung tidak bersuara. 

Bersihkan Reputasi Masa Lalu

Bagi sebilangan daripada kita, saat-saat "tidak membanggakan" boleh terus tersiar sebagai foto atau video Facebook. Lakukan apa yang anda boleh untuk lenyapkan foto atau video yang berada di tangan orang lain. Anda mungkin menuntut privasi tapi itulah hakikat yang tidak mungkin datang bersama-sama Google dan Facebook. 

Sekiranya anda mempunyai sesuatu yang anda tidak mahu diketahui oleh orang lain, mungkin anda tidak harus lakukan itu pada permulaanya lagi. 

Kesimpulan 

Akhir sekali, reputasi diri adalah tanggungjawab setiap individu. Dan ia juga merupakan hak hakiki yang perlu dihormati oleh orang lain termasuk diri anda sendiri. Sekiranya, dilakukan dengan betul, pengurusan reputasi memberi anda kekuatan, peluang dan potensi masa depan.

Sungguhpun era moden ini amat mencabar, namun pengurusan reputasi tidak perlu menyakiti atau membosankan anda. Ia adalah suatu amalan mudah untuk menuntut ruang anda, selepas itu, menempa kewujudan yang positif dan kekal peka dengan keadaan sekeliling.

Renungkanlah dan berkongsilah artikel ini sebagai usaha kebajikan untuk kebaikan ramai. 

Lawati laman web, https://www.mediamateconsultancy.com
Kredit: Dreamstime/KentCampbell

No comments: