PERKHIDMATAN ONLINE/DIGITAL PR

Online PR atau Digital PR boleh kekalkan visibiliti jenama anda sepanjang masa, lantas membantu tingkatkan imej dan juga jualan niaga anda.



Apakah Digital PR & PR Tradisional ?
PR
Apakah PR? PR (Public Relations) atau perhubungan awam adalah sebahagian dari perkhidmatan pemasaran. Ia bertujuan untuk menjalin hubungan kesefahaman di antara sesebuah organisasi, firma maupun individu dengan pemegang taruh/publik menerusi suatu proses komunikasi yang strategik.

PR Tradisional
PR tradisional mengendalikan aspek hubungan awam dengan menggunakan cara komunikasi bersemuka menerusi acara-acara majlis. PR tradisonal juga guna media cetak, elektronik dan papan iklan sebagai sumber bagi menjana imej positif untuk sesebuah firma maupun jenama (brand).

PR tradisional dikatakan amal kaedah hipotetikal seperti tahap liputan media, bilangan perhubungan di media sosial, sentimen perbualan umum di media sebagai ukuran atau petunjuk prestasi utama (KPI) dalam menentukan imej atau reputasi sesebuah syarikat. 

Contoh aktiviti-aktiviti PR tradisional, termasuk:
  • Mengadakan cerita/berita PR dengan memposisikan jenama atau imej produk yang menyenangkan.
  • Memilih kandungan-kandungan penerbitan yang bersesuaian bagi disiarkan khusus untuk tatapan pelanggan media-media tertentu.
  • Berusaha menempatkan profil syarikat anda seperti di majalah-majalah utama.
  • Menyebarkan siaran media (press release) anda ke media cetak dan elektronik seperti pengumuman pelancaran produk baru.
  • Menghantar sampel-sampel produk kepada pihak media untuk tujuan review.
  • Mengatur acara-acara majlis secara bersemuka termasuk sidang media (press conference) untuk pastikan maklumat yang disampaikan oleh sesebuah firma melalui media berjalan dengan lancar dan sempurna.

Digital PR
Online PR atau Digital PR adalah strategi promosi yang digunakan oleh pakar pemasaran seperti kami di MEDIA MATE Consultancy untuk tingkatkan visibiliti jenama produk serta imej firma anda di platform internet dan juga mobile web - selain media elektronik. 

Kami mengaplikasi kaedah kewartawanan digital (Digital Journalism) dalam pembikinan konten/kandungan. Dan mengambil kira pemasaran secara online seperti SEM (Search Engine Marketing), SEO (Search Engine Optimization), membuat pautan (Link Building) serta memanfaatkan teknologi berasaskan Web Mudah alih (Mobile Web).

Digital PR boleh bantu jenama serta mesej anda supaya tersenarai di tahap tertinggi di enjin-enjin carian seperti Google, Yahoo, Bing, Baidu dan lain-lain bagi tujuan menjana populariti dan juga autoriti. 

Misalnya, kami telah membantu bentuk imej firma klien kami sebagai autoriti atau pakar rujuk dalam industri yang diceburinya dengan cara menerbitkan konten-konten yang khusus dan menarik di bidang tersebut. 

Dan seterusnya, kami juga bantu menarik lebih ramai netizen ke laman web utama bagi mereka dapatkan maklumat yang lebih jelas dan terpeinci daripada pakar. 

Hal ini bukan saja boleh tingkatkan keberadaan ataupun visibiliti tapi juga kredibiliti jenama anda di pelbagai platform seperti media pemberitaan, media sosial dan media web (own media).

Malah, perkhidmatan digital PR kami boleh juga tempatkan konten/kandungan mesej anda ke pelbagai saluran baru seperti di platform blogger, influencer, advocator dan juga advertorial secara berterusan bagi tujuan mengembangkan reputasi jenama anda.   

Contoh-contoh tugas dan tanggungjawab digital PR termasuklah:
  1. Membentuk penulisan cerita-cerita PR yang terkait kepentingan awam di internet bagi tujuan menarik perhatian netizen seramai yang mungkin - untuk hasilkan impak dari aspek B2C.
  2. Membina pautan (links) di media-media utama yang berberhubung/berlanggan dengan media-media kecil - untuk hasilkan impak dari aspek B2R (Business-to-Retailer). Justeru, membolehkan media-media kecil tersebut turut mendapat akses kepada mesej-mesej firma anda.
  3. Menjalin pautan dengan media-media online yang menumpukan kepada kandungan lebih khusus di segmen-segmen terpilih (niche) - untuk impak dari aspek vertikal atau niche marketing tapi global.
  4. Menjana suatu bentuk autoriti ataupun pakar rujuk dalam bidang khusus pada halaman atau laman web anda bagi tujuan mempamerkan kredibiliti jenama anda.
  5. Membantu tempatkan diskripsi jenama anda secara organik di tahap tinggi dalam senarai enjin-enjin carian menerusi kaedah teknikal seperti SERP (Search Engine Result Page) dan juga kehendak amalan media baru.
  6. Menempatkan profil syarikat (NAP Profile) di pelbagai saluran yang strategik seperti enjin carian, portal berita, rangkaian press release, direktori, perpustakaan, media sosial dan senarai-senarai daftar yang relevan. Penempatan (placement) tersebut bukan saja boleh kembangkan visibiliti di internet malah tingkatkan kedudukan firma dan jenama anda di search engines
  7. Membantu jenama anda nikmati interaksi pelanggan yang positif seperti mengadakan siaran 'live' di platform media sosial dan sebagainya.
  8. Mempertahankan atau mengurangkan impak negatif terhadap imej/reputasi jenama dan niaga anda semasa berhadapan dengan krisis komunikasi.
  9. Menerusi digital PR, aktiviti-aktiviti pemasaran niaga anda menjadi lebih efisyen dan kos efektif kerana kami boleh gabungkan publisiti, iklan dan pemasaran digital ke dalam satu platform media seperti di Multimedia Press Release (MPR).



Apakah Perbezaan Di Antara Digital PR & PR Tradisional?

Salah satu perbezaan adalah digital PR boleh dirujuk dengan menggunakan algoritma seperti di Google Analytics dan sebagainya. 

Dan keberkesanan kempen digital PR boleh dianalisis melalui laporan KPI dalam bentuk domain berautoriti, domain rujukan, trafik yang berorganik dan tahap kedudukan (ranking) di enjin carian yang utama. 

Digital PR juga boleh ukur impak sesebuah konten dengan mengambil kira metrik seperti tren kata kunci, kadar lantunan (bounce rate) dan kadar masa berada di halaman (time on page) sebagai sebahagian dari kaedah digital journalism.


Manakah yang Lebih Baik untuk Jenama serta Perniagaan Anda?
Jawapan itu bergantung kepada keperluan dan keadaan yang berbeza. 
Di Malaysia, permintaan untuk perkhidmatan digital PR sudah pun meningkat dengan ketara, lebih-lebih lagi apabila hampir semua aktiviti perjalanan serta pergerakan individu dan orang ramai dikawal ataupun disekat kerana wabak Covid-19.

Sungguhpun demikian, khidmat PR tradisional seperti acara-acara majlis hubungan bersemuka (face-to-face interactions) masih diperlukan, memandangkan hal tersebut sudah jadi tabiat semulajadi manusia.

Seperti yang telah kita bincangkan, maka jelaslah bahawa perkhidmatan digital/online PR lebih fokus kepada perhubungan maya (high tech relations), sedangkan PR tradisonal menumpukan kepada strategi hubungan sesama insan (high touch relations). 

Oleh yang demikian, industri PR kini telah diperkasakan bagi membantu jenama dan niaga anda capai tahap yang lebih baik, apabila kemajuan komunikasi boleh diintegrasikan dengan keperluan bersosial di sepanjang masa. 

Di era informasi dan teknologi komunikasi (ICT) ini, perbezaan di antara editorial, iklan dan publisiti sudah menjadi kabur, yang penting adalah kepakaran dalam pembikinan, penyampaian serta penempatan mesej-mesej anda itu yang akan menentukan kejayaan dan keuntungan.  

Apa sahaja pilihan anda dalam penentuan strategi PR, yang wajar adalah menghargai kedua-dua kaedah tersebut dalam membina strategi komunikasi yang jitu bagi membezakan jenama dan niaga anda dengan saingan anda. 

Perlukah bantuan tentang strategi PR untuk menjayakan niaga anda? Hubungi kami di nombor telefon 017 47 98765, kami sedia membantu nasihati anda dengan percuma! Jika anda sudah ada strategi, kami ada blog dengan topik lebih menarik seperti di https://www.mediamateconsultancy.com/2021/12/apakah-itu-press-release-berbanding.html yang boleh jadi minat anda!

No comments: