Iktibar Daripada COVID-19

Keperluan Berkomunikasi Amat Penting Waktu Ini

    Pada keseluruhannya, wabak Covid-19 telah mendatangkan kesan negatif terhadap komunikasi, kolaborasi dan juga prestasi perniagaan. Oleh yang demikian, para usahawan diseru manfaatkan teknologi digital sepenuhnya dan di masa yang sama turut mengekalkan perhubungan dengan pelanggan serta ukhuwah sesama insan dalam proses kelangsungan hidup masing-masing.

        Cabaran sudah pasti wujud dalam apa juga keusahawanan atau perniagaan terutama sekali di waktu begini. Amalan norma baharu seperti 'penjarakan sosial' boleh mengundang kesukaran dan juga kerugian kepada pemilik-pemilik perniagaan. Sungguhpun demikian, komunikasi perniagaan yang tuntas tidak harus diabaikan malah boleh menjadi penyelamat keadaan.

    Bahkan, berkomunikasi sesama sendiri samada dengan rakan, pembekal, pelanggan termasuk komuniti sekeliling adalah menjadi tindakan terbaik waktu sekarang. Para  usahawan wajar menunjukkan suatu  tanggungjawab sosial dengan cara menampilkan diri dan berusaha teruskan perkhidmatan walaupun berhadapan dengan kekurangan, kelewatan maupun permintaan di luar jangkaan. Pekerja juga harus diberi kefahaman tentang keadaan sebenar perniagaan dan seterusnya mampu berinteraksi dengan baik semasa berhadapan pelanggan. Sesungguhnya, sikap telus dan toleransi di waktu sukar ini boleh lahirkan kesan positif yang mendalam terhadap perniagaan anda di hari depan.

    Kesimpulannya, komunikasi perniagaan wajar dijadikan objektif utama dalam proses  menjana kepercayaan pelanggan baru serta perhubungan lebih baik dengan pelanggan lama.  Manakala, wabak Covid-19 boleh diambil sebagai iktibar yang menuntut usahawan mengintrospeksi diri dalam perjalanan menuju kejayaan.

anuarish@mediamateconsultancy.com

No comments: