PERBEZAAN DI ANTARA IKLAN & PR DAN MANA SATU ADA KELEBIHAN?





 Apakah Iklan dan PR?

Iklan - Secara mudah, adalah mesej-mesej yang disiarkan oleh sesuatu syarikat bagi memikat pengguna seperti anda beli produk mereka. 

PR - Public Relations atau Perhubungan Awam melalui alat Press Release (Siaran Media), secara ringkas adalah cerita-cerita yang disiarkan mengenai individu tertentu seperti artis, ahli politik atau usahawan termasuk tentang sesebuah syarikat, jenama dan juga produk tertentu.   

Kedua-duanya adalah alat pemasaran. Iklan ialah mesej-mesej tentang produk yang dicipta dan disampaikan bertubi-tubi kali supaya ia melekat dalam otak para pengguna. Manakala, PR melalui cerita-cerita yang disampaikan secara berkala untuk difahami oleh orangramai termasuk pengguna.

Justeru, masing-masing dibentuk dengan cara tersendiri. Iklan guna kaedah jual produk kepada anda secara agresif (hard sell), manakala PR pula berjualan secara komprehensif (soft sell). 


Kelebihan PR Berbanding Iklan

Kos - Banyak syarikat memilih kos pemasaran yang mampu dikekalkan secara berpanjangan.  

Iklan sebenarnya diperlukan untuk pengaruhi sikap membeli pengguna, manakala PR digunakan untuk pengaruhi fikiran pengguna. Proses untuk mempengaruhi sikap membeli pengguna lazimnya perlu dilakukan secara berulang kali dan berterusan. Oleh yang demikian, kos penyiaran untuk biayai iklan sudah pasti lebih tinggi. Sedangkan kos membiayai PR adalah lebih rendah dan boleh pula dilaksanakan secara beransur-ansur. 

Malah, menurut amalan, proses soft selling lazimnya mendahului hard selling. Menerusi  soft selling kepercayaan pengguna terhadap syarikat, jenama dan juga produk boleh dipupuk dan dibina terlebih dahulu.


Penonton - Iklan perlu disasarkan kepada segmen tertentu memandangkan hanya pengguna tertentu sahaja yang berminat untuk membeli produk yang berkenaan. Sebagai contoh, hanya pengguna segmen wanita sahaja yang berminat beli gincu mulut. Tapi, tidak bagi PR kerana hampir semua orang berminat untuk membaca atau menonton siaran berita. Malahan, iklan juga boleh diolah dalam bentuk berita memandangkan sudah terdapat terlalu banyak iklan membanjiri media. 


Jangka Hayat Iklan dan PR - Iklan boleh beri manfaat kepada syarikat untuk jangka panjang sekiranya suatu produk itu tidak bertukar kerana format iklan tidak perlu diubah. Sungguhpun demikian, dalam sesetengah keadaan ia wajar ditukar untuk ikut tren dan kehendak pasaran. 

Sama seperti iklan, PR juga boleh didapati di pelbagai saluran media akibat banyak persaingan. Sungguhpun, jangka hayat PR lebih pendek, tapi dengan kreativiti, inovasi serta teknologi komunikasi yang baru ia boleh diatasi dengan mudah. 


Konklusi

Iklan dan PR adalah sebahagian daripada aktiviti pemasaran yang penting. Namun, setelah kita buat perbandingan dari aspek cost-benefit di antara iklan dan PR, jelaslah PR lebih wajar dan perlu didahulukan. Malah, yang terkini OPR (Online Press Release) adalah lebih efisyen dan kos efektif berbanding iklan - OPR akan dibincangkan pada artikel yang lain pula selepas ini.  

Imej Kredit Dusty Slater




No comments: