WHO Akhirnya Mengakui Covid-19 Adalah Wabak Bawaan Udara. Malangnya Sudah Terlambat.

Setelah lebih dari setahun mengisytiharkan Covid-19 sebagai wabak, Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) akhirnya mengakui bahawa Covid-19 adalah penyakit pembawaan udara (airborne disease). Penyelidik aerosol (bahan semburan) memberi amaran bahawa "dunia harus menghadapi kenyataan" tentang penuaran melalui udara pada bulan April 2020. Malah,pada bulan Jun berikutnya, ada yang mendakwa bahawa ia adalah "laluan dominan untuk penyebaran COVID-19". Pada bulan Julai tahun yang sama, 239 saintis telah menandatangani surat terbuka bagi meminta komuniti perubatan dan badan-badan berkuasa untuk mengakui potensi risiko penularan wabak melalui udara ini. Seterusnya, pada bulan yang sama (secara kebetulan, bukan hasil dari surat tersebut), WHO pula mengeluarkan satu ringkasan kajian baru mengenai SARS-CoV-2 yang menyebut: "Risiko jangkitan tidak boleh dikesampingkan, boleh berlaku melalui transmisi aerosol secara jarak dekat, jika seseorang itu berada dalam jangka masa yang lama bersama dengan orang yang telah dijangkiti, terutama sekali di lokasi dalaman tertentu, seperti di ruang sesak dan sistem ventilasi yang tidak sempurna."

1 comment:

Anonymous said...

Our comprehensive record of the 10 best playing websites is 코인카지노 all want to|you should|you have to} take your iGaming expertise to the next level. Since the first deposit comes with a 250% match, funding your account with $10 will get you $35. Thus, you'll have to wager $1,225 before you can to|you presumably can} withdraw the bonus and winnings made from it. Live chat support is out there 24/7, and the common response time is two minutes.