RASUAH DALAM KALANGAN PENJAWAT AWAM MEMBIMBANGKAN. APAKAH PERANAN ANDA & MEDIA? - MEDIA MATE




Apakah & Bagaimana Peranan Lebih Serius Boleh Dimainkan Oleh Anda Dan Media Tentang Gejala Salah Guna Kuasa & Rasuah?

Mutakhir ini, kes-kes rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan penjawat awam terutama sekali di Pulau Pinang adalah membimbangkan, menurut pihak SPRM (Sumber: Bernama, 20220929).

Kenapakah hal ini terjadi dan apakah yang wajar dilakukan untuk menangani gejala ini? 

Sesungguhnya, kita tidak boleh nafikan tentang kemampanan ekonomi negeri P.Pinang. Statistik menunjukkan sepanjang gejala pandemik Covid-19 yang berlaku mulai tahun 2019 sehingga 2022, negeri P.Pinang masih berada ditahap lima penyumbang terbaik dari aspek KDNK dan tiga tertinggi dari segi penerimaan Pelaburan Langsung dari Luar (FDI). 

Oleh yang demikian, kita boleh bayangkan tentang hasutan mencari peluang dan ruang untuk salah guna kuasa serta menelan suapan bagi kepentingan diri oleh sesetengah kakitangan awam yang rakus, di kala rakyat sedang bergelut dengan cabaran hidup yang getir. 

Sebenarnya, terdapat berbagai pihak yang boleh mainkan peranan lebih aktif untuk menangani gejala salah guna kuasa dan rasuah ini, terutama sekali pihak media dan juga orang-orang yang sering menggunakan media baru. Pihak media seharusnya tingkatkan komitmen melalui pendidikan media serta memberi fokus yang berterusan terhadap gejala jijik ini daripada hanya mengeluarkan laporan yang bersifat "suam-suam kuku" maupun yang sensasi semata-mata untuk tingkatkan langganan.

Pengamal media boleh ujudkan kembali siri-siri laporan berita seperti menerjah isu, siasatan dalam bentuk penyamaran (investigative reporting), jejaki yang insaf dan sebagainya. Manakala, bagi yang sering menggunakan media baru, anda boleh memainkan peranan yang lebih bermakna dengan sentiasa menyelitkan pesanan, slogan ataupun kata-kata mutiara di hujung karya masing-masing bagi mengingatkan audien anda mengenai kejijikan rasuah dan salah guna kuasa.

Gejala rasuah boleh menghancurkan masa depan negara dan keluarga besar Malaysia.

Sekian.

Sekiranya, artikel ini bermanfaat kepada orang ramai, kenapa tidak anda kongsikan kerana hasil kebaikan yang anda lakukan itu akan berlanjur bagai air sungai yang terus mengailr. MasyaAllah.

https://www.mediamateconsultancy.com


1 comment:

rlgx0r4xqn said...

It homes different parts such as the base, detachable columns, and headstock . On the one hand, with respect to the arm, the desk strikes up and down the z-axis. Finishing options such as anodizingand powder coatinghelp get rid of the indicators of CNC milling or enhance the part’s aesthetic. For firms that have a CNC miller, the quantity of energy the machine consumes will enhance. Milling is very accurate, exact, and with excessive tolerance. You can e Extra Long Shower Curtains mail the positioning owner to let them know you had been blocked.